Sunday, August 29, 2010

~~pengenalan kePada internet~~


Pengenalan kepada Internet

• Internet adalah singkatan kepada “International Networking”.
• Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang terdapat di seluruh dunia.
• Internet adalah satu kemudahan yang membolehkan kita mendapatkan maklumat serta dapat berkomunikasi dengan segera.
• Sehingga sekarang, dianggarkan terdapat lebih dari 50,000 jaringan dengan 50 juta alamat diseluruh dunia.
• Internet juga biasa disebut sebagai ruang maya (cyberspace).

Sejarah Internet


• Internet bermula dari satu kajian rahsia Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam tahun 1969.
• Kajian tersebut adalah untuk mencari satu sistem rangkaian komputer yang kalis serangan ketenteraan. Ia dikenali sebagai ARPAnet.
• Komputer-komputer tersebut berkomunikasi dgn menggunakan set peraturan yang dinamakan Internet Protocol (IP) atau Protokol Internet.
• 1972, ARPAnet didedahkan kepada orang ramai.
• IP telah dikemaskini menjadi Perisian Kawal Transmisi / Protokol Internet atau (Transmission Control Program / Internet Protocol) TCP/IP.
• National Science Foundation (NSF) membina NSFnet di mana ia menyambungkan jaringan 5 pusat superkomputer yang digabungkan dengan TCP/IP.
• 1991, www diperkenalkan.
• 1992, Jaring ditubuhkan dan diselenggara oleh MIMOS.
• 1993, internet menjadi faktor utama dalam bidang saham.
• 1995, tahun lebuhraya maklumat dimana enjin carian www, bahasa java dan VRML (virtual reality mark-up language) diperkenalkan.
• 1999, lebih 100 juta pengguna internet didunia.

Bahagian-bahagian internet :

Internet Fizikal (luaran) :


• Tertumpu kepada perkakasan yang diperlukan untuk pengguna membuat sambungan ke internet.
• Apabila satu komputer disambung ke internet, pengguna akan dapat mencapai komputer lain yang juga bersambung ke internet.

Internet Isian (dalaman) :

• Internet menggunakan prosedur komunikasi piawai yang dikenali sebagai protokol.
• Protokol ini membolehkan komputer berkomunikasi dengan komputer lain.
• Protokol ini dikenali sebagai Perisian Kawal Transmisi/Protokol Internet (Transmission Control Program / Internet Protocol) atau singkatannya TCP/IP.

Sambungan ke Internet

Untuk sambung ke internet, perkara-perkara asas berikut diperlukan :

i.      Komputer
         ii.      Modem
        iii.      Talian Telefon
        iv.      Pembekal Perkhidmatan Internet  (ISP)

Kelebihan Internet

Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh diperolehi dari internet dalam semua bidang, antaranya :

          i.      Maklumat yang didapati adalah lebih cepat dan murah.
         ii.      Mengurangkan kos kertas dan pemasaran.
        iii.      Menjadi media promosi.
        iv.      Komunikasi interaktif.
         v.      Sebagai alat penyelidikan dan pembangunan.
         vi.     Pertukaran data


0 membebel same: