kabEl rangkaian

Coaxial Cable ( kabel coaxial)


Coaxial Cable



Kabel Coaxial mempunyai single copper conductor ditengah-tengahnya. Lapisan plastik menjadi penebat di antara center conductor dengan braided metal shield. Metal shield menyekat gangguan luar seperti cahaya fluorescent, motor dan komputer lain.

Kaedah pemasangan menggunakan kabel coaxial ini agak sukar tetapi ia mampu menghalang gangguan isyarat dari luar. Ia berkeupayaan digunakan untuk menyambungkan peralatan rangkaian dengan lebih jauh berbanding dengan penggunaan kabel Twisted Pair. Terdapat 2 jenis kabel coaxial iaitu Thin Coaxial dan Thick Coaxial.

Thin Coaxial juga dikenali sebagai Thinnet. 10Base2 adalah spesifikasi yang digunakan. Angka 2 merujuk kepada nilai maksimum jauh segmen yang boleh dibawa iaitu 200 meter tetapi nilai maksimum yang sebenar hanyalah sejauh 185 meter sajaha.

Thick Coaxial juga dikenali sebagai Thicknet. 10Base5 adalah spesifikasi dan angka 5 dirujuk sebagai nilai maksimum jauh segmen yang boleh dibawanya iaitu 50 meter. Thick Coaxial adalah pilihan yang boleh digunakan untuk menjalankan rangkaian pada jarak yang lebih jauh. Antara keburukan thick coaxial ialah sukar untuk dipasang kerana ianya sukar dibengkokkan.Antara ciri-ciri lain Coaxial :-

  • Membawa kapasiti medium
  • Terdapat dalam sistem Ethernet (100MBps)
  • Agak baik berbanding UTP
  • Lebih sukar untuk ditamatkan (Terminated)


Fiber optic ( kabel fiber optik)


Kabel Fiber Optik


Kabel fiber optik terdiri daripada glass core yang dikelilingi oleh beberapa lapisan protective material. Ia menggunakan isyarat cahaya untuk penghantaran data dan ini akan mengurangkan gangguan luar yang disebabkan oleh elektrik. Ia sesuai digunakan untuk persekitaran yang dipenuhi dengan peralatan elektrik.

Kabel fiber optik berkeupayaan untuk penghantaran data yang lebih jauh dan kelajuan yang jauh lebih baik. Pemasangan dan mengubahsuai kabel fiber optik ini agak sukar dan menelan perbelanjaan yang banyak. 10BaseT adalah spesifikasi yang digunakan untuk kabel fiber optik. Ciri-ciri kabel fiber optik :-


  • Insulating jaket luarannya diperbuat daripada Teflon atau PVC
  • Kevlar fiber / strengthening fiber membantu menguatkan lagi kabel dan menghalang daripada kabel pecah.
  • Kabel disalut plastik sebagai cushion untuk tengah fiber.
  • Bahagian tengah (Core) diperbuat daripada glass atau plastik fiber.
 
Fiber oPtik